Sabtu lepas, 21 April 2012, aku pergi 2nd
anniversary Monavie.
Semoga bermanfaat membaca Gunakan minda separa sedar (subconscious mind) untuk Capai Impian.
Aku tak planning pun nak pergi anniversary
ni.
Maklumlah, aku baru jadi ahli last week.
hehee
So, kepada sesiapa yang berminat nak beli
air minuman Monavie ni boleh contact aku yer.
Aku akan cerita lebih lanjut tentang
Monavie dan benefitnya dalam post yang lain.
Sebab post ni aku nak focus pasal minda.
Penah dengar pasal subconscious mind?
Kalau korang pernah baca buku Membina
Imaginasi Cemerlang, tulisan Dr Tuah Iskandar, mesti korang tahu pasal
benda ni.
Jadi, apa kaitannya anniversary Monavie
dengan subconscious mind?
Ok, masa anniversary tu, Monavie meraikan
dealer - dealer mereka yang berjaya.
Program yang monavie buat ni lebih kurang
macam MLM. Cuma konsepnya 2 kaki sahaja untuk pair.
Dan kalau terputus pun rantaian tu masih
melayakkan anda untuk dapat bonus.
Kisahnya mereka yang berjaya ini tentulah
ramai downline di bawah mereka.
Ada seorang ni pemenang anugerah Black
Diamond. Black diamond kira anugerah tertinggi dalam Monavie.
Insan ni berjaya sampai ke tahap itu dalam
masa lebih kurang 2 tahun.
Dia ni seorang lelaki Melayu. Dia naik ke
pentas tu dengan wife dia.
Dan dia tidak lupa untuk berterima kasih
kepada wife dia dan meraikan kejayaan dia bersama-sama atas pentas itu.
Sebelum dia bermula dengan Monavie, hidup
dia susah, hingga dia hampir bankrap.
Sampai suatu ketika tu dia terpaksa buat
kerja mengutip besi.
Tengok, kerja macam tu pun dia buat demi
nak bagi anak isteri makan hasil yang halal.
Oleh sebab keadaannya yang kesempitan
wang, maka apabila ada orang yang ajak dia untuk menyertai Monavie, dia pun
tanpa ragu-ragu mengikutnya.
Nak jadi ahli Monavie hanya perlukan
RM60.
And dia tak cerita macam mana dia dapatkan
modal RM60 tu plus modal untuk beli air Monavie.
Maybe upline dia bantu. (Aku agak ajela)
Hasilnya, selepas lebih kurang 2 tahun,
dia dah berjaya mendapat RM100,000 lebih sebulan.
Banyak tak angka tu? Sangat banyak. Siapa
yang tak inginkan dapat income bulanan macam tu.
Mungkin, bila aku cerita kisah ni, ada
yang anggap cerita ni cliche'. Ada yang akan kata,
MLM mesti cerita kisah sedih dulu.
Apa yang aku nak highlight dekat sini
bukan semata-mata kisah sedih dia. Dan aku tak ambil pusing pun kalau dia
menipu. Tapi, aku ambil intipati kejayaan dia.
Korang rasa apa faktor yang menyebabkan
dia ni berjaya?
Dia berjaya sebab dia ada subconscious
mind. Dalam layman term, dia ada sebab yang kukuh atau daya penolak yang kuat
pada masa itu untuk dia berjaya. Masa dia sertai Monavie, dia dah cakap pada
diri dia, dia akan berjaya dapat income RM100,000; 2 tahun dari masa dia sertai
Monavie.
Jadi, masa dia cakap pada diri dia 2 tahun
yang lalu, dia secara tidak langsung mengarahkan minda separa sedar dia untuk
bertindak. Dan untuk pengetahuan anda, subconscious mind lebih cepat bertindak
jika ada daya penolak yang kuat. Dalam kisah ni, daya penolak dia adalah untuk
mendapatkan wang demi menyara kehidupan keluarga.
Anda rasa kalau masa upline tu offer dia
tidak berada dalam kesempitan wang, boleh tak dia berjaya?
Jawapannya tetap boleh. Cuma berapa lama
masa yang dia ambil, itu perbezaannya.
Sebab bila kita berada dalam 'comfort
zone', kita lebih malas untuk melakukan sesuatu untuk mengubah kehidupan kita.
Betul tak? Korang sekarang ada yang jadi engineer, doktor, akauntan, fashion
designer atau apa saja kerjaya korang sekarang; korang happy, selesa dan itu
telah menimbulkan rasa malas untuk menjadi seorang yang lebih berjaya.
Jika orang tanya siapa nak jadi jutawan, hampir
semua orang akan mengatakan ya. Tapi, berapa ramai yang hanya berangan Mat
Jenin, dan berapa ramai pula yang benar-benar merealisasikan impian itu?
Kesimpulannya di sini, tidak salah untuk
berangan,tapi tukar angan-angan itu kepada sebuah impian agar ianya InsyaAllah
akan tercapai suatu hari nanti.
Cubalah lakukan teknik ni. Setiap kali
kita berangan contohnya nak pakai kereta BMW, tetapkan matlamat, berapa
lama untuk kita sampai ke arah itu dan apa yang perlu kita lakukan untuk ke
situ.
Ingat ya, letakkan matlamat biarlah
relevan. Contohnya nak pakai BMW dalam masa 6 bulan, dan sekarang kita hanyalah
pekerja makan gaji. Itu memang tak relevanla. Relevannya : Dalam masa 3 tahun
lagi insyaAllah aku akan pakai kereta BMW dengan hasil perniagaan (bekerja +
buka bisnes sendiri). GAMBATE KHUDASAI!!
.jpg)
0 Comments for "Gunakan minda separa sedar (subconscious mind) untuk Capai Impian"