Aktiviti day 2 bermula jam 7am. Sarapan di Nikita Hotel. Bagi aku sarapan kat sini ok-ok jela, tak menepati selera sangat. Jam 8.15am, Helmi datang menjemput kami di hotel.
Kami ke Tasik Singkarak, yang perjalanannya mengambil masa dalam 1-2 jam melalui jalan kampung yang sangat indah pemandangan serta sejuk je cuacanya.
Menurut Helmi, penduduk Bukittinggi ni majority beragama Islam. Tapi, jangan terkejut sebab ada yang aku tengok bela anjing. Helmi kata, anjing tu untuk jaga kebun dorg. Suasana ni dapat dilihat di kawasan kampung. Area bandar Bukittinggi ok je, cuma bingit dengan hon kenderaan. Dorg ni tak macam kita dekat KL, hon je mulala ada yang terbakar. Dorg bila dengar hon, terus je faham & bagi laluan memotong. Kadang tu takde ape pun, saje je hon sebab kereta sama jenis. Begitu peramah dorg kan..hahaaa
Sebaik tiba di Singkarak, kami berposing dulu sambil menikmati pemandangan yang indah di depan mata.
Tasik ni terjadi asalnya dari gunung berapi menurut Helmi. Penduduk kawasan ni gunakan air tasik ni untuk mandi, basuh baju dan sebagainya. Info lanjut pasal Tasik Singkarak ni boleh check it out kat sini.
Selepas Singkarak, kami bergerak ke Istana Pagar Ruyung.
Istana yang gah berdiri dengan struktur bumbungnya yang menarik ini sedang dalam proses renovation di bahagian dalamnya. So, kami hanya berkesempatan bergambar di kawasan luar istana. Malangnya, kawasan istana yang luas serta indah ni tak disediakan toilet yang proper. Toilet and surau kat situ sangatla 'usang' tapi tetap dikenakan bayaran Rp2000.
If dekat Malaysia macam tu dah kena complaint aku rasa. Yelah, itukan kawasan tumpuan pelancong. Pengurusan istana better take a good care of that place. Jangan istana je indah, tapi toilet hampeh, tetap memburukkan nama kan??
Kami singgah di Rumah Makan Pondok Flora for lunch. Makanan sedap, view pun cantik. Rasa macam makan dekat tengah sawah time makan dekat situ. hehee.. Overall rumah makan di Bukitttinggi, me and hubby bagi the highest rating for this place.
Selepas makan kami ke Tabek Patah, Perusahaan Pisang Salai dan kopi. Nama tempat tu Kiniku.
Beli sikit pisang salai dekat sini.
Agenda teakhir kami --> shoppingg di Pasar Atas..Yeayyyy!!
Petang tu Helmi hantar kami di Pasar Atas. Puas shopping, kami naik kereta kuda, round sekitar bandar dan terus ke Nikita Hotel.
Kuda yang patuh pada tuannya..hehe
Malam tu kami pekena bakso di sebelah hotel. SELESAI day 2 tour.. jumpa lagi next entry ;)
Tag :
Holiday
1 Comments for "Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 2)"
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.