Nampaknya kita semua sedang tertunggu-tunggu date untuk memilih pemimpin negara. When our PM announce parlimen dissolved, after that baru kita dapat date untuk kita sama-sama keluar mengundi.
Dari pemerhatian aku, rasanya tak lama lagi dah tu. Parti-parti yang akan bertanding pun tengah sibuk berkempen untuk kali terakhir, janji-janji tak tertunai untuk pilihan raya ke-12 semua terpampang di dada akhbar. Jadi rakyat bolehlah membuat pilihan yang tepat.
Tapi sebelum keluar mengundi, cekla korang punya tempat mengundi. Jangan silap tempat mengundi,dah leceh.. Ok, untuk itu aku sediakan link untuk korang cek tempat mengundi terkini. Senang je, just masukkan no kad pengenalan, then akan terpapar maklumat mengundi korang. Cuma korang undi siapa je yang tak dipaparkan.. hehee
Mari kita menunaikan tanggungjawab pada negara. Bagi yang nak mengundi secara pos di dalam @ luar negara, korang boleh browse maklumat tu dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
Terimalah pantun 2 kerat dari aku...
Kalau tak jawab tak berdosa,
kerana undi adalah rahsia :)
Semoga bermanfaat membaca Pilihan Raya Umum ke-13, 2013.
Tag :
Pilihan raya umum 2013
0 Comments for "Pilihan Raya Umum ke-13, 2013"