Keluarga dan gaya hidup sihat

Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 4)

Memandangkan today hari terakhir kami di sini, maka kami hanya sempat ke Pasar Atas selepas breakfast di hotel. Pergi Pasar Atas pagi-pagi buta, peniaga kat sana baru nak bukak pintu kedai. Hahaa, ini gara-gara Mr Husband nak cari kain pelikat or kain sarung, orang sana panggil. Itula dari awal takmo beli, dah nak balik baru sibuk nak cari bila tengok barang dia sikit je dari aku. muahahaa.. 

Tapi kesian my hubby tak dapat cari capal dia. Kempunanla nak pakai capal. Petang semalam da jumpa capal, tapi masa tu kami dah kering duit Rupiah, terpaksa hold nak beli.  Banyak pilihan capal yang cantik pelbagai design untuk lelaki dan perempuan, sampai rambang mata dibuatnya. Ada jugak capal kulit, dijual dengan harga yang amat berpatutan. Pagi ni carik kedai tu belum bukak lagi. Melepasla sebab kami kena sampai hotel by 9am. Nak kemas-kemas and 10.30 bertolak ke airport. 

10.30am, Helmi sedia menunggu di lobby. Siap check-out, kami bertolak ke Padang. Selepas 2 jam sampai di airport. Hati mula berat nak tinggalkan tanah Minang.. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi..

Sampai bertemu lagi bumi Minang, banyak yang kami perolehi, poket pun dah kering.hahaa

Tanah orang lagi dikenang, tanah sendiri sentiasa sayang..
Semoga bermanfaat membaca Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 4).
Tag : Holiday
0 Comments for "Trip to Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat (Day 4)"

Back To Top