Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi sekarang, nak belajar mengaji atau nak memperbetulkan bacaan Al-Quran menjadi semakin mudah. Mereka yang nak ajar anak-anak pun tiada masalah. Al-Quran digital yang disertakan dengan pen reader boleh membantu kita belajar mengaji.
Sentuh saja pen reader pada mana-mana surah atau ayat dalam Al-Quran, dan pen reader akan membacanya. Kalau kita dah boleh mengaji, kita boleh memperbaiki cara bacaan dan tajwid berdasarkan bacaan qari-qari yang terdapat dalam pen reader.Memang masyuk bila dengar bacaan dari qari-qari tersohor ni. Kalau kita dapat bertaranum macam mereka, alangkah indahnya...
Selain Al-Quran Uthmani, dalam pakej Al-Quran Digital turut disertakan buku panduan haji dan umrah serta doa-doa pilihan. Memang kiranya pakej terbaik untuk belajar membaca Al-Quran. Hanya tak mahu masih memberi alasan tidak tahu membaca. Ibu bapa yang sibuk boleh pantau anak-anak mereka belajar mengaji dengan Al-Quran Digital.
Kalau rasa susah nak cari Al-Quran Digital ni, boleh la dapatkan dari SINI pada harga RM289 untuk pakej lengkap (Quran Digital, beg Quran, tasbih digital dan sejadah kompas). Al-Quran Digital yang ditempah akan dihantar secara pos terus ke pintu rumah kita.
Selamat belajar.
P/S : Tak perlu kedekut untuk menimba ilmu akhirat. Membaca Al-Quran menambah saham akhirat.
Semoga bermanfaat membaca AL-QURAN DIGITAL VERSI 2013.
Tag :
Review
0 Comments for "AL-QURAN DIGITAL VERSI 2013"