Terkadang kita amat inginkan sesuatu
Kita terus berusaha dan mencuba
Agar tercapai segala yang dicita
Tanpa kenal erti kegagalan
Tanpa hirau usik dan cemuh
Kerna harapan tinggi menggunung
Kita terus berusaha dan mencuba
Agar tercapai segala yang dicita
Tanpa kenal erti kegagalan
Tanpa hirau usik dan cemuh
Kerna harapan tinggi menggunung
Saat yang diingini tidak kesampaian
Nada hiba berlagu di hati
Bagai putus harap
Bagai terjatuh di anak tangga
Berfikir sejenak
Setiap manusia hanya diuji
Sesuatu yang mampu dihadapi
Usah kecewa dengan takdir
Usah menyalah sesama manusia
Nada hiba berlagu di hati
Bagai putus harap
Bagai terjatuh di anak tangga
Berfikir sejenak
Setiap manusia hanya diuji
Sesuatu yang mampu dihadapi
Usah kecewa dengan takdir
Usah menyalah sesama manusia
Kelak akan tiba masa dan ketika
Bila harapan jadi kenyataan
Hanya jangan pernah mengalah
Kerna kejayaan selepas kegagalan
Lebih manis rasanya
Lebih dihargai kehadirannya
Tag :
Puisi
0 Comments for "PUISI: PENANTIAN SUATU HARAPAN"