Keluarga dan gaya hidup sihat

Kembalilah MH370

Dari jauh menitip doa
agar kau kembali
tak kira di mana kau berada
doa dan harapan tak pernah pudar
agar kau kembali dengan selamat

Masa berlalu pergi

membawa harapan tinggal harapan
namun kami tak pernah putus asa
terus berdoa dan mengharapkan keajaiban
kerana kuasa Tuhan tiada yang mampu mengatasi
di luar kemampuan fikiran manusia

Inilah ujian buat negaraku

untuk dipikul bersama dunia
bersatu hati mencarimu MH370
bersatu hati mendoakanmu
bersatu merungkai misteri

Di sebalik musibah terdapat hikmah

Di sebalik musibah masih ada yang mengambil kesempatan
kerana manusia hatinya lain-lain
Namun di sebalik semua itu
semua mengharapkan kepulanganmu

Kembalilah MH370

Kami semua akan terus menantimu.

Semoga bermanfaat membaca Kembalilah MH370.
0 Comments for "Kembalilah MH370"

Back To Top