Keluarga dan gaya hidup sihat

BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 6)

Hari ke-6, hari untuk pulang ke tanah air tercinta. Rasa berat je hati ini nak meninggalkan bumi Korea. Seawal jam 5 pagi kami dah ke bus stop untuk tunggu bas. Kali ni tak larat nak naik subway. Luggage berat dan nampaknya lutut Mr Suami masih tak sembuh lagi. 

Dalam 10 minit menunggu, airport bas pun sampai. Ahjussi drebar bas tu siap pakai tie. Then cek semua orang pakai seatbelt ke tak. Sangat menjaga keselamatan penumpang.

bercuti ke seoul korea
 Sempat lagi buat peace walau hati tengah sedih nak tinggalkan Korea

bercuti ke seoul korea


bercuti ke seoul korea


bercuti ke seoul korea


bercuti ke seoul korea
Kami naik Airasia X je ya. Saja snap gambar Airfrance ni.

Jumlah perbelanjaan seorang average dalam RM2,500-RM3,000. Kami book thru Airasiago (flight + hotel). Memang rezeki dapat harga murah, flight dalam RM490 seorang tak termasuk luggage.

Perbelanjaan per person:-

Hotel + flight = RM1452.68 (dah termasuk pick seat and luggage)
Transport (t-money, AREX, airport bus) + makan minum (jimat sebab dah bawak instant) + ticket trick eye museum, palace = RM650 
Souvenir dan lain-lain = RM500-RM1,000

Kalau nak berjimat sikit tak payah shopping banyak-banyak. Tapi barang-barang dekat Korea kebanyakannya mahal. Rate masa aku tukar duit dekat Mid Valley --> KRW1,000=RM3.228. Dekat sana tak tukar duit pun. 

Bila dah balik ni rasa nak repeat ke sana memang ada. Rindu Korea, banyak lagi tempat tak sempat nak lawat. 

Persediaan sebelum ke sana untuk travel persendirian: 

1) Tukar duit siap-siap sebab kebanyakan money changer dekat sana tidak menerima MYR. Yang pasti USD boleh tukar di sana. 
2) Belajar basic bahasa Korea or install bahasa Korea (Hangul) dekat smartphone anda. Setakat tahu hai, terima kasih, berapa ni, boleh diskaun pun dah ok. 
3) Plan itineraries properly dan buat backup plan in case flight delay.
4) Pastikan print or save alamat hotel dalam phone untuk mengelakkan sesat semasa baru sampai di sana. 
5) Jangan malu bertanya! Rakyat Korea mesra dan kebanyakan sudi membantu apabila diperlukan.
6) Pastikan musim di sana. Korea ada 4 musim. Masa kami di sana time autumn, tapi tak jumpa sangat pun pokok berbunga-bunga.
7) Bawa minyak urut, in case kaki lenguh turun naik subway.
8) Bawa instant food. Aku beli produk Brahim dan Alif. Rasa nasi beriani Brahim agak sedap. Produk Alif kebanyakan lauk-lauk, nasi boleh dibeli di convenient store di Korea. 
9) For Muslim : Download apps waktu solat di Korea ke smarphone untuk memudahkan anda melaksanakan kewajipan kepada Yang Maha Esa.
10) Download apps Korea Subway ke smartphone anda. Seriously sangat membantu perjalanan kami di sana. Apps ni ada mention berapa minit masa perjalanan, tempat pertukaran stesen untuk ke destinasi pilihan.

Sekian dari baiebaayah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.


Semoga bermanfaat membaca BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 6).
0 Comments for "BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 6)"

Back To Top