Keluarga dan gaya hidup sihat

UBAT KURUS, 7 TIPS KURUS TANPA UBAT KURUS

Korang dah letih berdiet, bersenam tapi masih tak kurus-kurus. Ubat kurus pun dah cuba bermacam-macam jenis, dari yang murah kepada yang mahal, namun tak berkesan jugak. 

Kalau ada yang menjadi pun, sekejap turun, lepas tu naik semula. Sampai korang tak larat dah nak membeli ubat kurus atau ikat perut tahan lapar.

Jangan putus asa! 


kurus tanpa ubat kurus

Masih ada caranya... yang penting apa yang korang cuba buat tu, lakukan secara istiqamah. Macam mana nak kurus kalau baru buat seminggu, dah mula melantak pelbagai makanan. Cheat day lah konon...

Oleh itu, di topik ini aku dengan senang hatinya nak berkongsi dengan korang cara kurus dengan cepat atau senang cerita nak bagi tips untuk korang kurus tanpa ubat kurus

Tips ni bukan aku reka sendiri. Aku dapat dari pembacaan aku. So, apa salahnya kalau aku kongsikan di sini kan. Ilmu yang bermanfaat baik untuk dikongsi bersama.

Yang mana nak dapatkan tips langsing dalam masa 30 hari, boleh dapat Ebook Rahsia Badan Langsing.

Baiklah, apa dia TIPS KURUS TANPA UBAT KURUS yang nak aku kongsikan. Sila baca sampai habis ya.

1) Jauhi/elakkan minuman ringan

Kandungan kalori dalam minuman ringan boleh menyebabkan lemak menempel pada perut. Semakin banyak kita minum minuman ringan, semakin susah lemak nak dibakar. 

Sebab tu aku ada sebut dalam topik yang lepas '10 Cara Kurus Dengan Cepat', boleh minum soda untuk beri ganjaran kepada diri. Kalau dah kata beri ganjaran, mestilah jarang-jarang kan. Kalau selalu tu bukan ganjaran namanya.

2) Minum teh hijau

Teh hijau dikatakan dapat membantu membakar lemak di perut. Kalau rasa perut buncit tu, amalkan selalu minum teh hijau. 

3) Makan pelbagai jenis sup

Sup kambing, sup tulang, sup sayur, sup meletup... Ada antara kita suka sangat makan sup kan. Di sini aku dengan gembiranya mengumumkan sup adalah antara menu yang baik untuk kurus. hahaa

Tetapi, elakkan mengambil sup yang terlalu banyak kandungan krim dan sila pilih sup yang rendah kalori ya! Ini bermakna, bukan semua jenis sup baik untuk bantu kita kurus. 
kurus tanpa ubat kurus

4) Minum dengan gelas panjang

Apabila kita minum dengan gelas panjang, secara automatiknya kita banyak minum air. Air juga adalah baik untuk kesihatan. Bila banyak minum air, perut kita akan berasa penuh dan ini boleh mengurangkan rasa lapar.

5) Kunyah perlahan-lahan

Semasa makan, pastikan kita mengunyah dengan perlahan-lahan sekurang-kurangnya 32 kali kunyahan sebelum menelan. Ini bagi memastikan makanan yang kita makan hancur dengan baik dan ini dapat memudahkan badan untuk menyerap makanan.

6) Gantikan dengan gula getah

Bila terasa ingin mengunyah, gantikan makanan ringan dengan gula getah. Ini dapat mengelakkan kenaikan kalori jika makan makanan ringan.

7) Tidur yang cukup

Tidur yang cukup dapat membantu mengawal nafsu makan. Kurang tidur boleh menyebabkan keinginan untuk makan. Selain itu,  ada sesetengah orang yang akan makan untuk menghilangkan rasa mengantuk. 


Semoga 7 tips 'kurus tanpa ubat kurus' di atas dapat membantu menghilangkan berat badan korang. Selamat beramal!





Semoga bermanfaat membaca UBAT KURUS, 7 TIPS KURUS TANPA UBAT KURUS.
0 Comments for "UBAT KURUS, 7 TIPS KURUS TANPA UBAT KURUS"

Back To Top