Apakah Omega-3?
Omega-3 merupakan asid lemak tak tepu yang “baik” yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh manusia. Sumber utama Omega-3 adalah ikan dan makanan laut. Jika kurang makan ikan, anda boleh mengambil suplemen/ vitamin Omega 3 seperti Omega Guard Shaklee.
Selain tu, anda juga boleh gunakan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 untuk bekalan keperluan harian. Contohnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut, telur dan susu juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.
Sebenarnya ada banyak kepentingan omega-3 ni. Omega-3 boleh diambil oleh golongan kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas.
OMEGA-3 PENTING UNTUK:-
- Jantung
- Kulit
- Ibu hamil, ibu menyusu dan juga bayi
- Otak
- Sendi
- Sperma
- Sistem Imunisasi
Omega guard Shaklee membekal 7 jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen. Asid lemak Omega-3 merupakan lemak yang paling sihat dan penting untuk menyokong sel, tisu dan organ untuk berfungsi dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan hanya diperoleh melalui makanan dan juga vitamin/suplemen.
EPA dan DHA merupakan 2 jenis omega-3 yang memberi banyak manfaat dari segi kesihatan kepada tubuh manusia.
Setiap hidangan Omega guard mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA). Manusia yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000mg Omega-3 sehari.
OMEGA GUARD SESUAI UNTUK IBU YANG INGIN HAMIL, IBU HAMIL & IBU MENYUSU
Bagi suami isteri yang ada masalah kesuburan atau mencuba untuk hamil, omega guard merupakan salah satu vitamin yang boleh dicuba untuk:-
- Membantu kitaran haid yang teratur
- Membantu keseimbangan hormon
- Meningkatkan aliran darah rahim supaya peluang untuk mengandung meningkat
- Meningkatkan kepekatan sperma
- Membantu penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti
Semasa hamil, omega-3 diperlukan untuk:
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang (lahir tak cukup bulan)
- Mengurangkan risiko komplikasi semasa hamil akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung)
- Membantu pertumbuhan janin yang sihat melalui peningkatan aliran darah dalam plasenta
- Membantu perkembangan mata dan struktur otak bayi
- Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan terhadap makanan dan kulit sensitif (eczema)
- Menggalakkan perkembangan optimum otak, mata, sistem imun dan saraf bayi terutama semasa trimester ke-3.
Selain omega guard, ibu hamil juga disarankan untuk mengambil ESP, B complex, ostematrix, vitamin C dan juga Vitalea.
“Omega guard untuk ibu menyusu” & selepas bersalin diperlukan untuk:
- Mengurangkan risiko kemurungan kepada ibu
- Menyokong proses kematangan otak bayi semasa tempoh 5 tahun pertama
- Menggalakkan perkembangan saraf otak bayi
- Menyokong perkembangan mata
- Menggalakkan pola tidur yang lebih baik
*Semasa bayi, omega-3 disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diminum oleh bayi.
0 Comments for "OMEGA GUARD SHAKLEE (MINYAK IKAN OMEGA-3) UNTUK IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU"