Keluarga dan gaya hidup sihat

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2013

Sempena ulangtahun Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) yang ke-12, FOMCA sekali lagi mengadakan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna 2013.  Pertandingan sempena Hari Pengguna Malaysia ini telah diadakan setiap tahun bermula tahun 2002 dan berjaya meraih penyertaan terbanyak dari seluruh rakyat Malaysia. 

Untuk rekod, FOMCA menerima 2 kali sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records bagi penyertaan terbanyak bersempena hari pengguna 2011 & 2012. Ini membuktikan, pertandingan yang diadakan sememangnya mendapat sambutan yang hangat serta sengit daripada para peserta.




Berikut merupakan senarai pertandingan yang diadakan :-

1) Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
2) Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
3) Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan 
4) Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
5) Pertandingan Fotografi Kepenggunaan (2 Kategori)
6) Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
7) Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
8) Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
9) Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
10) Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
11) Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (2 Kategori)

FOMCA turut menawarkan hadiah berjumlah RM220,000 untuk dimenangi serta sijil penyertaam untuk setiap peserta yang menyertai pertandingan tanpa mengira kalah atau menang.


Bertindak segera sebelum 16 Julai 2013. Aku bercadang nak masuk penulisan esei dan fotografi pengguna. Ada sesiapa lagi berminat untuk 2 kategori ni? Jom kita masuk untuk bersaing secara sihat. 


Info lanjut berkaitan pertandingan, sila layari MyPengguna.
Semoga bermanfaat membaca PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2013.
Tag : Pertandingan
2 Comments for "PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2013"

Back To Top