Keluarga dan gaya hidup sihat

BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 2)

Hari kedua kami memulakan perjalanan seawal 8 pagi. Tak hire tour guide, semuanya sendirian berhad. Nak dikategorikan backpacker, bawa luggage besar gedabak siap ada luggage kecil lagi dalam tu. Preparation untuk shopping. Suka nak dinyatakan di sini, Korea sebuah negara yang selamat untuk travel berdua atau tanpa tour guide. Walau kebanyakan rakyat Korea hanya tahu berbahasa Inggeris yang very minimal, mereka masih rajin menolong. Kalau mereka tak reti nak terang dalam bahasa Inggeris, bahasa isyarat pun dah cukup membantu. Sebelum travel sendiri, sila sediakan itineraries yang lengkap, Seoul map dan download perisian subway (Jihachul) dalam smartphone uols. Tak susah travel di sana, signboard kebanyakan ada bahasa Inggeris especially di subway station. 

Hari kedua kami ke Bukchon Hanok Village, Changdeokgung Palace, Insadong dan Itaewon. Lunch di Murree Restaurant dan tapau kebab di Ankara Palace. Kaki memang lenguh tak usah cakaplah. Perjalanan nak ke satu-satu tempat tu tidaklah jauh, tapi terpaksa tukar-tukar subway dan pertukaran tu agak letih juga berjalan. Banyak tempat menarik untuk dilawati di Seoul ni, sebab tu lebuh baik rancang perjalanan kita supaya tak terlepas melawat ke tempat-tempat tersebut. 

Bukchon Hanok Village - Kawasan rumah tradisional Korea yang terdiri dari 900 buah rumah yang dibina sejak zaman Joseon. Kawasan ni popular dengan penggambaran drama dan filem Korea. Free entrance. Area ni ada tourist information center, boleh dapatkan details map Buckhon dekat kaunter.
Direction: Anguk Station (Subway line 3), Exit 2. Dalam 10 minit berjalan dari subway ke Bukchon Hanok Village. 

bercuti ke seoul korea



Changdeokgung Palace - Dari Buckhon boleh berjalan kaki sahaja ke sini. Sepanjang jalan tu kalau haus bolehlah singgah minum kopi. Banyak cafe di situ dari yang mahal hinngalah yang murah. 
Direction: Anguk Station (Line 3), Exit 3

bercuti ke seoul korea
   Istana Changdeokgung. Jom kita teroka
bercuti ke seoul korea
Kaunter tiket


bercuti ke seoul korea


Insadong Street – Di sini banyak jual barangan kraf, lukisan-lukisan dan cenderamata Korea. Harga boleh tahan mahal. 
Direction: Anguk Station (Line 3), Exit 6.


bercuti ke seoul korea


 Nama tempat ni Ssamziegil





 Masih di area Insadong. Nama bangunan tak ingat. Sedang tawar-menawar. Tapi sebenarnya di sini masih mahal walaupun selepas ditawar. Dekat E-lengdang, Namdaemun lagi murah

bercuti ke seoul korea



Itaewon Market - Kawasan ni banyak makanan halal, kebanyakan makanan Timur Tengah. Seoul Central Mosque pun terletak di Itaewon. 
Direction: Itaewon station (Line 6),Exit 3. 

bercuti ke seoul korea
Nak sampai ke Murree kena menapak naik bukit menghala ke Seoul Central Mosque

bercuti ke seoul korea


bercuti ke seoul korea


Perut dah kenyang, kaki dah lenguh, badan pun dah letih, maka kami pun berangkat pulang ke bilik. Malamnya versi ding dong di Dongdaemun. Shopping time!!

bercuti ke seoul korea


 Bergambar depan Dongdaemun Gate (Heuginjimun Gate) yang under construction

Cheonggyecheon stream








 Kedai ni dalam Doota. Nama kedai ni Aarirang shop. Kedai satu lagi tak tahu nama. Ada 2 kedai sahaja yang jual souvenir. Mostly pekerja kedai boleh berbahasa Inggeris dan Melayu Indonesia. Depa amik student kerja dekat sini. Harga masih boleh tawaar-menawar especially kalau beli dalam kuantiti yang banyak



 Dalam Doota. Masa ni dah pukul 12 malam tapi macam pukul 9 malam lagi kan


Lepas shopping terus balik bilik. Jalan kaki lalu kedai-kedai tepi jalan yang kebanyakan dah tutup. Ada juga terserempak dengan orang mabuk. Nasib baik kawan-kawan dia tengah papah ke kereta. Cuak jugak kalau terserempak dengan mereka ni. So kalau jalan malam-malam dekat Seoul, elakkan dari bertemu orang yang mabuk untuk keselamatan diri. 

Hati senang sebab banyak barang rampasan yang berjaya dirampas malam tu. Masa untuk ZzzzzZZz. 

Semoga bermanfaat membaca BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 2).
0 Comments for "BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 2)"

Back To Top