Keluarga dan gaya hidup sihat

BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 3)

Next destination ---> Namsan Tower, Namdaemun Market, Myoengdong Market, Deoksugung Palace, dinner at Turkish Delight, Itaewon and Hangang Park.

Namsan Tower (N Seoul Tower) - Menara ke-10 tertinggi di dunia. Ketinggian 236.7 meter. Ada beberapa cara nak ke sini. Aku pilih naik bus Namsan 02 warna kuning dari Chungmuro station (line no 3/4), exit 2. Boleh guna t-money untuk naik bus. Kalau nak try naik cable car pun boleh, nak menapak naik atas pun boleh. Tapi memang serius jauh sebab jalan mendaki bukit. 

Admission fees : Observatory KRW9,000. Teddy bear museum KRW8,000. Package (Observatory + teddy bear museum) = KRW14,000. 

Harga tu untuk dewasa. Kami tak masuk pun teddy bear museum.

Bas berhenti di sini. Kena jalan kaki naik ke atas


 Tempat turun dan naik bas.
 Dari bus stop tadi kena mendaki sikit naik ke atas. Namsan Tower nun di atas sana. Kalau naik bas, boleh nampak berapa jauh nak kena mendaki kan.. Bayangkanlah kalau jalan kaki, stamina memang kena kuat.



Inilah N-Seoul Tower (Namsan Tower)




View dari observation deck

Suasana di observation deck 

Box merah depan Mr Suami tu tempat buang kunci mangga. Buang kunci kiranya kasih dah termateri di Namsan Tower

 Mangga cinta kita. Ntah mangga siapa yang aku pegang. Kami tak abadikan mangga di sini pun...

 Nak ke tempat mangga ni FOC je. Naik observation deck yang kena bayar


Changing guard ceremony. Kebetulan ada acara ni dekat area N-Tower. Rezeki dapat tengok this ceremony since tak sempat tengok dekat Deoksugung Palace


Turun dari Namsan Tower, kami amik yellow bus Namsan 05 ke Namdaemun market. Apa yang ada dekat Namdaemun ni? Shopping lerr..barang-barang dekat sini memang murah, tapi kena rajin berjalan dan rajin bertanya ya. Jika nak ke sini naik subway, turun Hoehyeon Station (Line 4), exit 3/5. Keluar je dari stesen subway, memang dah jumpa pasar jual macam-macam barang.

Dari Namdaemun, kami jalan kaki ke Myeongdong Market. Sebab sibuk cari barang, kaki yang penat tak terasa. Mr Suami dah mula sakit lutut masa ni. Kesian dia..

 Nampak tak tanda halal tu, itulah kedai yang kami jumpa jual makanan halal di area Namdaemun. Itupun jenuh mencari di celah kesesakan orang ramai


 Dalam salah sebuah kedai souvenir di Namdaemun

Kedai ni jual k-pop merchandise macam poster, keychain. Nak cari album or shirt k-pop memang tak jumpa. Korea sangat protect industri hiburan mereka. No ciplak okayy. Nak cari barang k-pop kena pergi outlet khas yang jual barang-barang tu

 The one and only kedai yang jual shirt running man. For adults only. Black and white. Kedai lain yang jual shirt running man ada dekat Doota, tapi colourful shirt and design kurang cun. 

Memandangkan ramai peminat running man dan nak cari kedai yang jual shirt running man agak susah, maka aku letakkan cara untuk ke sini ya. Dari Hoehyeon station, exit no 5. Keluar sahaja dari exit 5, hala ke kanan dan jalan terus sampai jumpa tourist information center. Kemudian, jalan lagi sampai jumpa bangunan warna oren (Blok D). Jumpa bangunan oren, cari kedai macam dalam gambar kat atas tu. Harga kena tawar, kalau beli banyak dapat murah. Aku beli 2 helai dapat harga KRW15,000 sehelai. Pilihlah nama running mans yang korang minat. Nama tu boleh cabut-cabut.




 Post Office

 Tourist Service Center ada di area Namdaemun. Very helpful

 Tak rugi tanya direction, siap dapat free gift body set hasil cabutan bertuah. Rezeki dapat 2 set, hubby yang naik tiba-tiba tanpa tanya soalan pun dapat bila dengan sukacitanya turut mencabut nombor

Ini laluan bawah tanah menghala ke Myeongdong or subway station. Underground pun ada kedai untuk shopping

Peminat k-pop boleh cari album original, baju dan apa jua barang k-pop dalam lotte young plaza

Selepas penat berjalan, pulang sebentar ke bilik. Petangnya sambung ke Deoksugung Palace. Satu-satunya istana yang terletak di tengah-tengah bangunan bercirikan barat. Changing guard ceremony diadakan setiap hari kecuali Isnin (bergantung kepada keadaan cuaca) jam 11 pagi, 2 petang dan 3.30 petang.

Direction Subway: City Hall Station (Line 1), exit 2

Mobile Tourist Information Center

 Kaunter tiket Deoksugung

 The entrance












Seoul Finance Center, i wish i could work there ~


















Selepas tu kami ke Itaewon untuk menikmati dinner di Turkish Delight. Perut dah kenyang kononnya lepas ni nak tengok Rainbow Fountain at Banpo Bridge.

Kami turun di Dongjak station (Seoul Subway Line 4), exit 1/2. Turun-turun je sunyi semacam. Tak macam kawasan tarikan tourist. Jalan lagi turun dari stesen, then nampak signboard Banpo Bridge 1.5km. Huaaa, punyalah jauh nak berjalan. Disebabkan masih bersemangat nak tengok rainbow fountain, kami teruskan juga perjalanan. Nasib baik kat park tu ramai orang dan cuaca sejuk. Jalan jauh pun tak berpeluh. 

Sambil jalan tu cuci mata tengok orang naik basikal malam-malam dan menikmati udara nyaman di Korea. Ramai orang yang exercise malam-malam. No wonder rakyat Korea dah tua-tua pun masih mampu berjalan turun naik subway. Jalan punya jalan tak tiba juga ke Banpo Bridge. Akhirnya kami decide untuk pusing balik. Nak pusing balik pun kena jalan jauh, sabar ajelah...



Basikal ni boleh sewa. Siap ada lampu lagi.

Sepatutnya kami turun di Express bus terminal station (Seoul subway line 3,7/9), exit 8.  Dari situ dekat sikit nak ke Banpo Bridge. Dah tersilap, memang tak ada rezeki kami nak tengok rainbow fountain.

Kaki dah sangat lenguh dan badan pun minta nak rehat. Maka, kami pun terus berangkat pulang ke bilik. Esok menanti sesi jelajah Korea hari ke-4.



Semoga bermanfaat membaca BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 3).
0 Comments for "BERCUTI KE SEOUL KOREA ~ MAY 2014 (PART 3)"

Back To Top