Wanita yang lepas bersalin sering mengimpikan dapat kembali berat badan yang asal sebelum mengandung. Lagi best kalau berat turun lagi rendah dari sebelum mengandung. Happynya senyum sampai ke telinga. Masalahnya ramai wanita yang susah nak KURUS SEMULA SELEPAS BERSALIN walau dah lepas masa berpantang. Lagi sadis dah lebih 6 bulan bersalin pun berat masih degil nak turun ke asal.
Mula lah terjadi episod menangis depan almari bila tengok baju-baju cecantik sebelum mengandung dah tak muat nak pakai. Masa tu sibukla google tips-tips untuk "KEMBALI KURUS SELEPAS BERSALIN".
Bagi ibu yang baru pertama kali bersalin pasti tertanya-tanya susah ke nak KURUS SELEPAS BERSALIN ni sebenarnya? Jawapannya tak susah jika kita benar-benar ikut petua masa berpantang. Masa pantang tu pun dah boleh turun banyak berat sebab masa tu kita jaga makan dan berbengkung sepanjang masa sampai mandi peluh. Banyak toksin yang keluar melalui berpeluh tu.
TIPS MUDAH UNTUK KURUS SEMULA SELEPAS BERSALIN:-
1. MENYUSU BAYI SECARA EKSKLUSIF - Ni tips paling berharga dan paling bermanfaat buat ibu dan bayi. Kenapa pulak berharga? Sebab dengan menyusu bayi secara eksklusif terlalu banyak yang ibu dan ayah dapat JIMAT jika dibandingkan nak membeli susu formula. Sekotak atau sepaket susu formula paling murah pun harga belas-belas ringgit. Dan sebulan berkotak-kotak susu formula yang nak kena beli. Ibu digalakkan menyusu bayi tanpa campur makanan lain sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Menyusu bayi dapat membakar 600 hingga 800 kalori sehari. Jadi anda dapat mengurangkan berat badan walau hanya dengan baring sambil menyusu. Mudah kan?
2. BERBENGKUNG DAN BERPANTANG DENGAN PENUH DISIPLIN - Berbengkung merupakan cara tradisional Melayu untuk kurus semula selepas bersalin dengan cepat. Tapi nak berbengkung 24 jam masa berpantang ni agak mencabar jugak. Yelah, dengan berpeluhnya memang rasa rimas. Kalau tak betul-betul berazam nak kembali kurus dan badan tak nak masuk angin memang kelaut la jawabnya. Lagi satu banyak makanan yang kena pantang, tak boleh nak hentam makan yang sedap-sedap. Selera terkawal masa berpantang, tapi pastikan makanan bernutrisi terutama untuk ibu yang menyusu bayi.
3. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA - Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jadi kalau berat 75kg, pastikan minum air masak 3 liter sehari yer. Nak mudah sukat je air tu dengan botol mineral 1 liter tu. Jika kita banyak minum air masak/air putih/air kosong, secara automatik kita akan rasa kenyang. Apabila air dalam badan mencukupi, ia membantu badan untuk membakar kalori semasa badan sedang berehat.
Selain tu, kajian dari American Journal of Epidemiology juga menunjukkan minum lebih 8 gelas sehari dapat membantu mengurangka 45% risiko serangan jantung. Air masak yang mencukupi juga bantu melawaskan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit.
4. MENGAMBIL NUTRISI ATAU DIET YANG SEIMBANG - Diet yang seimbang bukan sahaja perlu diamalkan oleh ibu yang berpantang. Tapi yang tak mengandung pun perlu ambil nutrisi yang seimbang bagi memudahkan ibu mendapat berat yang ideal. Banyakkan mengambil makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan. Ia memudahkan ibu nak membuang. Makanan BERGORENG, MAKANAN SEGERA, SNEK, MINUMAN BERGAS, MAKANAN YANG TINGGI GULA DAN LEMAK adalah makanan yang perlu dielakkan. Seeloknya makan malam sebelum pukul 8 setiap hari bagi memastikan makanan dapat dicerna sebelum tidur.
5. WAJIB MENGAMBIL SARAPAN PAGI - Jangan memandang remeh hal sarapan. Ada yang lebih suka skip sarapan pagi dan makan tengahari terus. Sedangkan masa makan tengahari nanti makan dengan kuantiti yang banyak. Macam mana nak diet camtu? Sarapan pagi penting untuk naikkan metabolisme badan. Bila metabolisme badan naik, lagi cepat tenaga dan lagi banyak kalori yang dibakar.
Itu sahaja 5 TIPS MUDAH UNTUK KEMBALI KURUS LEPAS BERSALIN khas buat ibu yang tengah berpantang. Moga dengan mengamalkan tips ini ibu akan kembali LANGSING dan MENAWAN. Suami pun semakin tertawan.
Nak TIPS LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH? Klik SINI.
Semoga bermanfaat membaca 5 TIPS MUDAH UNTUK KURUS SEMULA SELEPAS BERSALIN.

0 Comments for "5 TIPS MUDAH UNTUK KURUS SEMULA SELEPAS BERSALIN"