Kebanyakan pesakit sendi tak mengalami kerosakan pada sendi tetapi rasa sakit berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Kesakitan jarang berpunca dari tulang. Sakit sendi yang paling kerap dihadapi adalah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA).
Rheumatoid Arthritis (RA) biasa menyerang pesakit semasa masih bekerja dan sakit semakin ketara bila mencecah umur bersara. Menurut Yayasan Artritis Malaysia, kira-kira 1% rakyat Malaysia menghadapi masalah RA. RA memerlukan kos rawatan yang tinggi terutama jika pesakit dah lama menghidapinya. Antara tanda RA rasa bengkak dan sengal yang sering terjadi pada bahagian jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan. Rasa sakit sering terjadi bila bangun dari tidur waktu pagi.
Osteoarthritis (OA) pula tak memberikan tanda yang begitu ketara pada awalnya. Sakit akan mula terasa perlahan-lahan dan ketulan keras atau taji boleh muncul di sekitar sendi seperti bahagian pinggang, lutut, tangan dan tulang belakang.
Menurut portal Myhealth, antara PUNCA SAKIT SENDI adalah:-
- Berat badan yang berlebihan
- Terseliuh atau ligamen otot terkoyak disebabkan aktiviti angkat berat, bersukan, postur badan yang tak elok atau kecederaan
- Kecacatan tulang belakang, tangan atau kaki
- Sendi haus
- Penyakit sendi seperti arthritis
- Keabnormalan metabolik seperti gout
- Saraf terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Masalah mental seperti tekanan perasaan dan stress
- Penyakit kronik
- Pengambilan ubat-ubatan
SIAPA BERISIKO MENDAPAT SAKIT SENDI?
Sakit sendi boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur. Namun faktor usia turut memainkan peranan dengan mengurangkan paras cecair sinovial dalam sendi. Biasanya terjadi kepada warga emas berumur 65 tahun dan ke atas.
TIPS MENGELAKKAN "SAKIT SENDI"
Pepatah ada mengatakan,"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT". Berikut TIPS UNTUK MENGELAKKAN SAKIT SENDI:-
- Berjalan dan duduk dengan postur badan yang betul
- Kawal berat badan. Seeloknya dapatkan berat badan yang ideal supaya kaki kita dapat menampung berat tubuh.
- Tidur di atas tilam yang sesuai.
- Elakkan mengangkat barang yang berat
- Membuat aktiviti "regangan' selepas duduk yang lama seperti ketika memandu atau di tempat kerja
- Kerap bersenam untuk memastikan otot berfungsi dengan baik dan melancarkan peredaran darah
- Bijak tangani stress
CARA MENGATASI MASALAH SENDI
Sakit sendi yang tak kronik boleh ditangani dengan cara:-
- Kurangkan berat badan
- Kawal tekanan perasaan
- Elakkan guna kasut tumit tinggi bagi wanita
- Rehatkan sendi secukupnya dengan gunakan "pengampu"
- Letakkan pek ais dengan kerap pada sendi yang sakit selama 30 minit untuk kurangkan bengkak dan juga radang
- Selepas beberapa hari, selangkan pek sejuk dan panas serta urut sendi yang sakit dengan lembut. Pek panas digunakan untuk kurangkan masalah sendi yang tegang.
- Dapatkan rawatan doktor jika sakit masih tak berkurangan
Bagi yang beragama Islam, pesakit radang sendi boleh mengamalkan ayat-ayat seperti di bawah yang disarankan oleh Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah:-
- Surah Qaff ayat 16 hingga 45
- Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60
- Surah Shod ayat 34 hingga 61
- Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
Baca surah pertama 3x pada waktu malam dan surah kedua 3x pada waktu siang.
Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, mohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
Selain itu, masalah sendi boleh dibantu dengan mengambil SET SENDI SHAKLEE seperti Advance Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard dan juga Ostematrix.
10 MANFAAT AJHT:-
- Menyokong keselesaan sendi
- Membantu kekalkan tulang rawan
- Memelihara tisu penyambung yang sihat
- Melancarkan pergerakan harian
- Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
- Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
- Anti radang semulajadi
- Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
- Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan,
- Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament
Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium yang terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.
![]() |
Testimoni Pengguna |
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Ingin mendapatkan khidmat nasihat vitamin yang sesuai untuk kesihatan anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan 4 hingga 5 angka?
Hubungi:-
Baayah Idris
Shaklee Independent Distributor
012-7472363 (Call/SMS/Whatsapp)
Atau isikan borang ini dan saya akan hubungi anda
https://goo.gl/forms/E9Qmz7wpRyAXeZmN2
0 Comments for "PUNCA SAKIT SENDI MENYERANG RAMAI RAKYAT MALAYSIA DAN CARA MENGATASINYA"