Ramai wanita lepas bersalin rasa
bimbang luka bersalin lambat sembuh. Yelah, luaran mungkin nampak dah okay,
tapi dalaman masih rasa ngilu dan sakit walau dah beberapa minggu lepas melahirkan.
Kebiasaannya luka bersalin normal
ambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sembuh. Manakala, luka bersalin czer ambil
masa 6 hingga 12 minggu. Namun setiap orang berbez, ada yang luka bersalin cepat sembuh dan ada yang memerlukan
lebih masa untuk sembuh bergantung berapa teruk luka akibat episiotomi.
6 PUNCA LUKA BERSALIN LAMBAT SEMBUH:-
- TAK JAGA PEMAKANAN SEMASA PANTANG – Dalam tempoh berpantang ade makanan yang digalakkan makan seperti minum air halia, makan bawang putih dan ada yang perlu dielakkan seperti minum ais, seafood. Ini bertujuan mempercepatkan luka dalaman sembuh, elakkan luka jadi bernanah, gatal, bentan dan kurangkan angin dalam badan. Sebab itu, ibu bersalin digalakkan berpantang ikut cara orang-orang tua supaya dapat kekalkan badan yang sihat sehingga usia tua nanti.
- BANYAK BERGERAK – Tempoh berpantang adalah tempoh untuk ibu bersalin menjaga diri sebaik mungkin. Sebolehnya banyakkan rehat dan kurangkan terlalu banyak bergerak supaya jahitan bersalin tak tercabut. Berjalan perlahan dalam rumah elok untuk bantu peredaran darah. Pastikan tak mengangkat barang yang berat ketika berpantang.
- KEBERSIHAN TEMPAT LUKA TAK DIJAGA DENGAN BAIK – Ini antara perkara penting yang perlu diambil tau sebaik lepas bersalin. Luka bersalin normal atau czer perlu sentiasa kering dan elakkan luka dibiarkan dalam keadaan basah @ lembap. Cuci tempat luka dengan bersih untuk elak dijangkiti kuman. Luka yang dijaga dengan baik membuatkan "LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH". Keringkan luka dengan kipas angin lepas mandi atau lepas buang air. Untuk hilangkan parut kesan czer, anda boleh gunakan krim dermatix dan berapa kali sapuan hendaklah mengikut saranan doktor.
- TAK JAGA LUKA CZER KETIKA BERGERAK – Jika anda bersalin czer, anda boleh pegang sedikit bahagian perut berhampiran luka czer semasa berjalan, bangun, batuk atau ketawa. Elakkan ketawa yang terlalu kuat atau batuk yang kerap supaya tidak membahayakan luka terutama ketika beberapa minggu awal selepas pembedahan.
- KURANG MINUM AIR – Ade yang mengatakan minum air terlalu banyak tak elok untuk ibu berpantang. Sebenarnya, ketika berpantang ibu digalakkan untuk minum dengan banyak untuk elakkan masalah sembelit, dehidrasi atau lemah badan akibat kurang minum air. Air yang mencukupi juga diperlukan supaya ibu dapat mengeluarkan susu yang banyak untuk bayi. Masalah sembelit adalah antara masalah yang paling ditakuti ibu berpantang. Bayangkanlah anda bersalin secara normal dan sembelit berlaku, alangkah sakitnya nak membuang. Dahla luka bersalin masih sakit, ditambah lagi dengan sembelit pulak..Aduii, pedihnyaa rasaa! Jadi, silalah minum air masak dengan banyak yerr.
- TAK MENGAMBIL ZAT NUTRISI YANG MENCUKUPI – Ketahuilah otot badan anda terlalu lemah sebaik saja lepas melahirkan. Anda memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menyusukan bayi. Makanan yang kaya nutrisi juga penting untuk mempercepatkan pemulihan luka dalaman.
Oleh itu,
pastikan ibu hamil tak melakukan perkara yang boleh melambatkan proses
penyembuhan luka bersalin semasa berpantang nanti. Luka bersalin yang lambat sembuh bukan saja
mengganggu emosi ibu semasa berpantang tapi turut membataskan pergerakan ibu.
Okay, dah tau
kenapa luka lambat sembuh, sekarang jom klik SINI untuk kita ketahui CaraMenjaga Luka Jahitan Bersalin Supaya Cepat Sembuh.
0 Comments for "6 PUNCA LUKA BERSALIN LAMBAT SEMBUH YANG WAJIB DIKETAHUI IBU MENGANDUNG "